Halaman

Baling


Asal Nama Baling

Baling merupakan salah satu daripada jajahan dalam negeri Kedah Darul Aman, Malaysia. Kawasan Parlimen Baling di negeri Kedah Darul Aman, negara Malaysia. Negeri Kedah terletak di utara Semenanjung Malaysia.

Baling terkenal dengan air terjunnya, seperti Lata Bayu dan Bukit Hijau; serta buah-buahan tempatannya, seperti durian dan langsat.

Selain itu, Baling juga terkenal dengan perkampungan asli yang terletak di Mukim Siong, di mana terletaknya kolam air panas yang dipanggil Kolam Air Panas Legong. Ada 3 kolam air panas yang berbeza suhu.

Di pinggir pekan Baling terdapat gunung batu yang dikenali dengan nama Gunung Baling. Di sebelah belakang gunung itu terdapat beberapa buah kampung. Antara kampung-kampung itu adalah Kampung Padang Cik Mas, Kampung Sekolah, Kampung Seberang, Kampung Charok Bakong dan Kampung Becah Tok Bulan.

ASAL USUL BALING

Nama Baling dipercayai berasal daripada peristiwa Raja Bersiong seperti yang tercatat dalam Hikayat Merong Mahawangsa. Raja Ong Maha Perita Deria atau lebih dikenali sebagai Raja Bersiung, merupakan raja keempat daripada keturunan Merong Maha Wangsa yang gemar memakan sayur bayam dengan kuah darah manusia. Kelakuan baginda ini dibenci oleh rakyat dan menyebabkan baginda melarikan diri dari istananya yang berpusat di Lembah Bujang. Ketika dalam kepungan menteri dan rakyat, baginda terpaksa berhenti beberapa kali kerana menderita sakit gigi siongnya. Baginda dikatakan telah memulas keluar kedua-dua siongnya di suatu tempat dan membaling gigi siongnya jauh ke tempat yang kini dikenali sebagai Baling.

Dalam cerita lain, nama Baling dikaitkan dengan orang Siam (Thai) dan orang Burma (Myanmar) yang datang ke daerah itu kira-kira 200 tahun dahulu. Mereka datang ke Baling kerana ingin memulakan penghidupan baru. Setelah merentasi pelbagai jenis rintangan mereka sampai ke Baling dan membuat keputusan untuk membuka kawasan hutan di situ. Mereka begotong-royong menebang hutan dan belukar untuk memulakan penempatan baru. Mereka bercucuk tanam, berniaga dan membawa sampan penambang untuk menyara hidup. Ada juga di kalangan mereka yang mencari kayu di hutan dengan menggunakan gajah. Sungai Ketil yang pada masa itu dalam dan luas, menjadi alat perhubungan utama penduduk tempatan. Sungai itu juga kaya dengan ikan. Sampan-sampan dari Kota Kuala Muda yang sarat dengan barang-barang dagang banyak yang berlabuh di tempat itu. Pangkalan di kawasan penempatan baru itu juga dijadikan tempat memunggah candu mentah yang dibawa dari Burma untuk dijual di Kota Kuala Muda.

Bagi penduduk yang bertani, tanaman mereka sangat berhasil. Mereka gembira melihat sayur-sayuran dan buah-buahan yang begitu menjadi. Akan tetapi. Kegembiraan mereka tidak kekal lama. Buah-buahan mereka seperti langsat, rambutan dan durian diserang oleh beribu-ribu kera yang dikatakan datang dari hutan Gunung Baling. Binatang-binatang itu bebas memakan dan memusnahkan buah-buahan mereka. Setelah habis musim buah-buahan, binatang-binatang itu balik ke hutan Gunung Baling. Oleh sebab kaum pendatang itu tidak pernah melihat kera yang begitu banyak mereka menamakan kampung mereka "Ban-Lin" yang bererti "kera". Lama-kelamaan perkataan Ban-Lin bertukar menjadi "Baling". HA HA HA HA...


Sejarah Baling

Baling sebuah daerah yang terkenal dengan pelbagai susur galur sejarah yang juga mewarnai sejarah tanah air. Baling merupakan tempat di mana Parti Komunis Malaya, Kerajaan Malaysia, dan British berjumpa pada tahun 1955 untuk menamatkan Darurat. Tunku Abdul Rahman, yang ketika itu merupakan ketua kerajaan, memujuk ajar komunis menyerah secara aman dan berjanji tiada tindakan keras akan diambil terhadap mereka. Tetapi, Chin Peng yang merupakan ketua Parti Komunis Malaya mendesak agar kerajaan dan pihak British mengiktiraf PKM sebagai parti komunis yang sah supaya ia boleh mengambil bahagian dalam pilihan raya di Malaysia. Permintaan ini ditolak dan menyebabkan tiada perjanjian dicapai.Sekian.

Mukim

Terdapat 7 mukim di daerah Baling iaitu Mukim Siong, Mukim Baling/Bongor, Mukim Pulai, Mukim Kupang, Mukim Tawar, Mukim Teloi Kanan dan Mukim Bakai. Terdapat 183 kampung, serta berpuluh taman perumahan di daerah ini. Bandar atau pekan yang berada di daerah Baling ialah Bandar Baling, Malau, Kampong Lalang, Kota Baling Jaya, Kupang, Tawar, Kuala Pegang, Parit Panjang dan Kuala Ketil.Satu-satunya tanah rancangan Felda yang wujud di daerah ini ialah Felda Teloi Kanan.Peneroka di felda ini seramai 263 orang.

Aktiviti ekonomi

Sumber utama pendapatan penduduk di daerah Baling ialah pertanian, perniagaan,bekerja dengan kerajaan dan swasta serta pekerjaan berasaskan kemahiran seperti pertukangan dan vokasional. Kuala Ketil merupakan pekan yang berkembang pesat aktiviti ekonominya di daerah ini. Ini disebabkan Kuala Ketil berada dalam kawasan segitiga perindustrian iaitu Kulim-Sungai Petani-Kuala Ketil. Kuala Ketil berada pada kedudukan lebihkurang 20 km dari Sungai Petani dan 42km dari Butterworth Pulau Pinang. Terdapat sebuah pekan kecil, iaitu Parit Panjang yang mempunyai lebih 55 premis perniagaan.Uniknya kesemua peniaga adalah kaum bumiputra melayu,sesuatu yang unik di Malaysia.Kebiasaannya perniagaan di pekan dan bandar dikuasai oleh peniaga berketurunan cina.
[sunting] Aktiviti sosial dan keagamaan

Komposisi penduduk Daerah Baling terdiri dari Melayu (lebih 85%), Cina, India, Thai dan lain-lain. Terdapat 64 buah masjid, 5 buah rumah berhala Buddha, 4 buah kuil Hindu serta sebuah gereja.

Institusi pendidikan

Baling adalah sebuah daerah yang luas di Kedah. Di peringkat pra sekolah Baling mempunyai berpuluh-puluh pusat asuhan yang dikendalikan oleh samada pihak kerajaan atau pun pihak swasta. Kemas dan Pasti adalah pilihan utama. Terdapat lebih 80 buah sekolah rendah kebangsaan, 5 buah sekolah rendah vernakular Cina dan 3 buah sekolah vernakular India, serta 3 buah sekolah rendah swasta. Terdapat 23 buah sekolah menengah kebangsaan, sebuah sekolah menengah kebangssan agama,serta lima buah sekolah agama swasta/rakyat(peringkat menengah).Sekolah Menengah Agama Yayasan Khairiah adalah salah sebuah sekolah agama rakyat yang terkenal di daerah ini dan di negeri Kedah.SMA Yayasan Khairiah diasaskan oleh Tuan Guru Hj Yahya Toha.

Sekolah Agama Rakyat yang masih menggunakan sistem pondok ialah Madrasah Misbah AlFalah, dikenali oleh masyarakat luar sebagai Pondok Lanai dan Madrasah Nurul Islah.Madrasah Misbah Al Falah di asaskan oleh Tuan Guru Hj Umar Zuhdi bin Soleh. Ketika ini sebuah Maktab Rendah Sains Mara(MRSM) sedang giat dibina 3 km dari Bandar Baling.

Selain itu terdapat sebuah Pusat Giat Mara dan Kolej Komuniti.Kolej Universiti Insaniah (KUIN) sedang dalam perancangan untuk dibina di Kuala Ketil.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan