Halaman

Doa

Bismillah 3


Bismillaah,Bismillaah,Bismillaah ‘A’uudzu Billaahi Waqudratihii Min Syarri Maa Ajidu Wa Uhaadziru’
.

Bismillah 3 Dan Fadhilatnya.

Jika mengalami sakit disesuatu anggota badan, doa ‘Bismillah 3’ ini mampu mengubati penyakit pada sendiri orang dan orang lain.
.
Hadis yang diriwiyatkan oleh Muslim dan Ibnu Malik dalam kitab Muwaththa, bahwa Ustman Ibnu Abil Ash Assaqafi telah menderita sakit pada salah satu anggota tubuhnya. Kemudian dia menemui Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam ini menerangkan tentang penyakit yang dideritanya.
.
Rasulullah berkata : “Letakkan tanganmu pada bahagian yang sakit, bacalah doa di atas tujuh kali, angkatlah tanganmu dan taruhkan kembali, kemudian bacalah lagi tujuh kali, ulangilah beberapa kali setiap hari dan malam.”
.
Ustman ibnu Abil Ash Assaqafi menerangkan : “Setelah aku kerjakan fatwa Rasulullah itu, tidak lama kemudian aku merasa sembuh dari penyakit yang telah kuderita beberapa waktu lamanya.”
.

Cara Dan Kaedah Merawatnya:

.
    1. Tekupkan tapak tangan pada tempat yang sakit.
    2. Berniat memohon pada Allah SWT untuk menyembuhkan penyakit.
    3. Dibaca 7 kali doa di atas dan diiringi 3 kali surah ‘3 Qul’.
    4. Afdal diulangi keseluruhan bacaan di atas sebanyak 3 kali.
.
والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
 (Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)


................................................................................................................
Bismillah 4



Bismillahi Maa Syaa Allah Laa Yasuqul Khoiro Illallah
Bismillahi Maa Syaa Allah Laa Yashrifus Suu A Illallah
Bismillahi Maa Syaa Allah Maa Kaana Min Nikmatin Faminallah
Bismillahi Maa Syaa Allah Laa Haula Walaa Quwwata Illa Billahil ‘Aliyyil’ Adziim
Subhaanallah Wabihamdihii Subhaanallah Hil ‘Adziim, Walaa Haula Walaa Quwwata Illa Billahil’ Aliyyil ‘Adziim.
.
.
‘Doa Bismillah 4′ di atas adalah berasal daripada ‘Isim’ Nabi Khidir AS dan Nabi Ilyas AS
.
Doa ini juga terdapat dalam Ihya` ‘Ulumiddin” jilid 1 halaman 374 yang dicatat oleh Hujjatul Islam al-Ghazali dengan sedikit lafaz beza.
.
.

Fadhilat Bismillah 4

.
Syaikh Muhammad Amin Kurdi pula dalam Tanwirul Qulub pada halaman 422 menulis fadhilatnya seperti berikut:
.
Imam as-Sayuthi telah menyebut dalam Luqtul Marjaan daripada Sayyidina Ibnu ‘Abbas r. `anhuma sebagai berkata:
    Nabi al-Khidhr dan Nabi Ilyas bertemu pada setiap tahun di musim haji dan mereka berdua berpisah atas kalimah-kalimah ini: Dengan nama Allah, sesuatu itu menurut apa yang dikehendaki Allah, tidak ada yang mendatangkan kebaikan melainkan Allah; Sesuatu itu menurut apa yang dikehendaki Allah, tidak ada yang menolak kejahatan melainkan Allah; Sesuatu itu menurut apa yang dikehendaki Allah, setiap kenikmatan adalah daripada Allah; Sesuatu itu menurut apa yang dikehendaki Allah, tiada daya upaya dan kekuatan melainkan dengan Allah.
    .
Ibnu ‘Abbas berkata: Sesiapa yang membaca doa ini ketika pagi dan petang sebanyak 3 kali, maka Allah akan menyelamatkan dia dari kelemasan, kebakaran, kecurian dan dari kejahatan syaitan, penguasa, ular dan kala jengking.
.
Maka sewajarnya bagi seseorang atau pelajar untuk mengamalkan doa ‘Bismillah 4′ ini, kerana ianya akan menjadi asbab yang membawa kepada tawakkal dan keyakinan kepada Yang Maha Khaliq setelah berusaha keras melakukan sesuatu pekerjaan.


....................................................................................................................
Bismillah 5



“Bismillaahir rohmaanir rohiim, Bismillaahisy syafi, bismillaahil kaafi bismillaahil mu’aafi, Bismillaahil la-dzi laa ya-dhur-ru ma’as-mihi syai-un fil ardhi walaa fis-samaa’i wahuwas samii’ul aliim
.
Bismillah 5 adalah pendinding dan ayat penyembuh (syifa) segala penyakit serta amat bermanfaat dan amat baik dijadikan sebagai amalan seharian.
.

Fadhilat Bismillah 5

.
Kelebihan dan kebaikan ‘Bismillah 5’ adalah seperti berikut:
.
1. Menghalang jin dan syaitan
2. Terpelihara dari bahaya dan musuh
3. Penawar pelbagai racun dan bisa.
4. Penawar penyakit gila meroyan.
5. Melegakan bengkak dan benjol.
6. Penawar kepada penyakit bisa-bisa tulang
7. Mengubati penyakit bisa-bisa di dalam badan.
8. Penawar segala jenis racun, santau dan bisa binatang
9. Boleh digunakan untuk mengubati penyakit yang tidak diketahui puncanya.
Kaedah Merawat
.
  1. Letakkan tangan di tempat yang sakit.
  2. Baca ‘Bismillah 5’ ini sebanyak tujuh kali dengan hati yang ikhlas dan khusyuk.
  3. Hembuskan juga pada segelas air lalu diberi minum dan disapu di tempat yang berkenaan.
  4. Sapukan di tempat yang sakit ataupun disapukan ke satu badan.
  5. Sekiranya anggota yang sakit tidak boleh di sentuh dengan tangan kerana sakit atau sukar, bolehlah letakkan tangan di bahagian anggota lain dengan ikitikad bahawa anggota tersebut adalah angota yang sakit.
  6. Bagi kes kecemasan, boleh dibacakan terus ‘Bismillah 5’ sambil meletakkan tangan di tempat tersebut.
  7. Jika kepala anak benjol sebab terhantuk, baca ‘Bismillah 5’ ini sekali sambil tuamkan ais batu atau air suam di tempat sakit. InsyaAllah dapat melegakan.
  8. Bacalah selawat ke atas Nabi Muhamad  Sallallahu Alaihi Wasallam  dan ayat ini sertakan doa kepada Allah agar disembuhkan segala penyakit.
.

Amalan Bismillah 5 

.
  1. Ayat ‘Bismillah 5’ ini diletak sebagai doa dan boleh dibaca sebelum memakan atau minum ubat.
  2. Amalkan membaca ‘Bismillah 5’ kemudian baca ‘Bismillah 6’, sebanyak 33 kalisetiap kali lepas solat.
  3. Sekiranya ‘Bismillah 5’ diamalkan secara istiqamah, ianya boleh menolak santau dalam makanan dan minuman.
  4. Bekas berisi makanan/minuman yang dihidangkan akan pecah dengan sendirinya jika dipegang  oleh pengamal ‘Bismillah 5’.
  5. Bacalah dengan yakin dan khusyuk dan hanya kepada Allah SWT sajalah kita bergantung harap.
.
‘Allah Maha Mengasihani dari segala-galanya dan Dia adalah sebaik-baik Pemelihara dan Maha Memberi Pertolongan.’


Bismillah 6



Ayat bismillah enam(6) ini sangat banyak faedahnya, jika diamalkan selalu akan berkhasiat untuk menjadi selusuh kepada perempuan yang akan bersalin, menjadi penawar racun dan bisa-bisa badan, menjadi jampi untuk menghalau jin dan syaitan, terpelihara daripada segala merbahaya, seteru dan musuh, boleh dibaca ketika berperang agar mendapat kemenangan dan mengabulkan segala hajat serta Insya-Allah akan nampak benda-benda yang pelin dan ajaib. Sangat baik sekali sekiranya dapat diamalkan ayat bismillah enam pada tiap-tiap selepas solat fardhu kerana banyak sekali fadilat dan khasiatnya.

* Makbul segala hajat dan cita-cita.
* Luas rezkinya.
* Jika ditiup kpd perempuan nescaya kasih ia kepada kita.
* Menang dalam peperangan.
* Penerang hati.
* Diajuhkan dari segala penyakit.
* Dibaca 70 kali tiap-tiap hari aman dari ancaman raja-raja dan pembesar yang zalim yang hendak membunuhnya.
* Dibaca ditempat yahng suci nescaya dapat melihat malaikat, jin dan syaitan.
* Dibaca dimalam jumaat 20 kali boleh melihat orang didalam kubur.
* Aman daripada binatang2 buas.
* Air laut menjadi tawar.
* Terlepas daripada terkena bunuh juka dibaca kepada tubuh badan.
* Jika ditulis dan dijadikan azimat atau dibaca pada sawah aman daripada ancaman babi, tikus atau burung.
* Terselamat daripada bahaya musuh dan seteru.
* Terselamat dari karam dilaut.
* Jika dibaca pada minyak malam jumaat tiga kali boleh memudahkan perempuan beranak jika meminumnya.
* Orang yang pekak jika dibaca pada telinganya selam 7 hari nescaya mendengar.
* Orang gila atau yang dirasuk oleh iblis apabila dibaca ditelinga tiga kali insyaallah lari iblisnya.
* Boleh tawarkan segala jenis bisa termasuk bisa sengat binatang seperti lebah, ular dan ikan.
* Boleh tawarkan segala jenis racun dan santau, seperti yang diperbuat daripada miang rebung, ulat buku mati beragan, hempedu katak dan sebagainya.
* Terkeluar daripada penjara apabila dibaca bersungguh-sungguh.
* Dijadikan jampi untuk menghalau jin dan syaitan.

Cara untuk merawat pesakit yang menderita kerana perkara diatas; latakkan tangan ditempat yang sakit, tahan nafas dan baca al-Fathihah dan juga ayat Bismillah Enam ini. Tiup tempat tersebut dah urut sedikit. Baca juga ayat ini pada air untuk disapukan pada tempat yang sakit dan untuk di minum. Angin akan keluar darpi pesakit dan diikuti oleh muntah, insyaallah.

Doa ini juga boleh digunakan kepada binatang yang termakan rumput yang diracun atau yang dipatuk ular. Kaedah rawatannya adalah dengan memberi makan rumput dan meminum air yang telah dibacakan dengan doa diatas.

AMALLAH BISMILLAH ENAM INI KERANA IANYA MENJADIKAN SEGALA JENIS RACUN AKAN TAWAR DAN TIDAK MEMBERI MUDHARAT KEPADA PENGAMAL KALAU TERMINUM. GELAS YANG MENGANDUNGI RACUN AKAN PECAH KALAU DIPEGANG OLEH PENGAMAL BISMILLAH ENAM. INSYAALLAH.

Dgn nama Allah Maha Pengasih Maha Penyayang.
Dgn nama Allah Maha Mendengar, Maha Melihat yang tiada semisal denganNya sesuatu pun dan DIA bagi segala sesuatu amat mengetahui.
Dgn nama Allah, Maha Pencipta, Maha Berilmu yg tiada semisal denganNya sesuatu pun dan DIA Maha Pembuka Maha Berilmu.
Dgn nama Allah yang tiada semisal denganNya sesuatu pun dan DIA Maha Berilmu dan Maha Mengetaui.
Dgn nama Allah yg tiada semisal denganNya sesuatu pun dan DIA Maha berilmu dan Maha Berkuasa
Dgn nama Allah yang Maha Perkasa dan Maha Mulia yg tiada semisal denganNya sesuatu pun dan DIA Maha Perkasa dan Maha Mulia.
Dgn nama Allah Maha Pengampun dan Maha Penyayang yg tiada semisal denganNya sesuatu pun dan DIA Maha Pengampun dan Maha Penyayang
Maka Allah sebaik-baik Pemelihara dan DIA menyayangi orang-orang yang penyayang.
Selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w serta ahli keluarga dan sahabat Baginda dan keselamatan.
Dan biarkanlah mereka yg menafikannya. Semoga mereka mendapat hidayah Allah swt. Amin.

Sumber dari Internet..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan