Halaman

Isnin, 28 Januari 2013


MENUMPUKAN PERHATIAN PADA MASA SEKARANG

Lupakan semalam,

Kerana semalam hanyalah sebuah memori

Jangan risau tentang hari esok

Kerana esok hanyalah sebuah misteri


Hiduplah hari ini dengan penuh kesungguhan

Maka setiap memori anda akan menjadi memori yang indah

Dan setiap hari esok akan menjadi hari yang penuh harapan.
Kita tidak diketahui

Selasa, 22 Januari 2013

Al Fatihah

Semoga boleh dimanfaatkan 

Al-Fatihah adalah satu rukun dalam solat, apabila cacat bacaannya maka rosaklah solat. Oleh itu perbaikilah bacaannya dengan ilmu tajwid. Bukan setakat bacaannya saja rosak malah kita menyebut nama syaitan di dalam solat kita. Berikut diperturunkan nama syaitan laknat yang wujud didalam Al- Fatihah, sekiranya kita tidak berhati-hati.

Nama syaitan;

1. DU LI LAH (bila dibaca tiada sabdu) sepatutnya DULILLAH

2. HIR ROB (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya HI ROB

3. KIYYAU (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KI YAU

4. KANNAK (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KA NAK

5. KANNAS (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KA NAS

6) Iya (disebut tanpa sabdu) sepatutnya Iyya. Iya bermaksud 'matahari'

Dalam ayat ke 5,jika salah bacaannya akan bermaksud "kepada mataharilah yang kami sembah dan kepada matahari kami meminta pertolongan"!!!!

7) SIROTHOLLAZI.... sehingga habis hendaklah dibaca tanpa henti.

AMIN ...hendaklah mengaminkan Al-Fatihah dengan betul iaitu AA......dua harakat,MIN .... 3 harakat, semoga Amin kita bersamaan dengan Amin malaikat ..... Insya-Allah. semoga kita menjadi orang yang sentiasa membaiki bacaannya.

Perhatian;

Sebarkan hukum Allah walaupun satu ayat semoga kita mendapat rahmatNya, Insyaallah.

Sumber Internet

Isnin, 21 Januari 2013

Kata-Kata Bijak

Demi Allah yang jiwaku berada di tangan-Nya, seseorang tidak beriman hingga ia mencintai saudaranya sebagaimana ia mencintai dirinya sendiri.

Nabi Muhammad SAW

Jauhilah dengki, karena dengki memakan amal kebaikan sebagaimana api memakan kayu bakar.

Nabi Muhammad SAW

Yang terbaik di antara kalian adalah mereka yang berakhlak paling mulia.

Nabi Muhammad SAW

  Allah tidak melihat bentuk rupa dan harta benda kalian, tapi Dia melihat hati dan amal kalian.

Nabi Muhammad SAW

Kecintaan kepada Allah melingkupi hati, kecintaan ini membimbing hati dan bahkan merambah ke segala hal.

Imam Al Ghazali

Raihlah ilmu, dan untuk meraih ilmu belajarlah untuk tenang dan sabar.

Khalifah 'Umar

Setiap orang di dunia ini adalah seorang tamu, dan uangnya adalah pinjaman. Tamu itu pastilah akan pergi, cepat atau lambat, dan pinjaman itu haruslah dikembalikan.

Ibnu Mas'ud

Ketahuilah bahwa sabar, jika dipandang dalam permasalahan seseorang adalah ibarat kepala dari suatu tubuh. Jika kepalanya hilang maka keseluruhan tubuh itu akan membusuk. Sama halnya, jika kesabaran hilang, maka seluruh permasalahan akan rusak.

Khalifah 'Ali

Sabar memiliki dua sisi, sisi yang satu adalah sabar, sisi yang lain adalah bersyukur kepada Allah.

Ibnu Mas'ud

Takutlah kamu akan perbuatan dosa di saat sendirian, di saat inilah saksimu adalah juga hakimmu.

Khalifah 'Ali

Orang yang paling aku sukai adalah dia yang menunjukkan kesalahanku.

Khalifah 'Umar

Niat adalah ukuran dalam menilai benarnya suatu perbuatan, oleh karenanya, ketika niatnya benar, maka perbuatan itu benar, dan jika niatnya buruk, maka perbuatan itu buruk.

Imam An Nawawi

Aku mengamati semua sahabat, dan tidak menemukan sahabat yang lebih baik daripada menjaga lidah. Saya memikirkan tentang semua pakaian, tetapi tidak menemukan pakaian yang lebih baik daripada takwa. Aku merenungkan tentang segala jenis amal baik, namun tidak mendapatkan yang lebih baik daripada memberi nasihat baik. Aku mencari segala bentuk rezki, tapi tidak menemukan rezki yang lebih baik daripada sabar.

Khalifah 'Umar

Dia yang menciptakan mata nyamuk adalah Dzat yang menciptakan matahari.

Bediuzzaman Said Nursi

Penderitaan jiwa mengarahkan keburukan. Putus asa adalah sumber kesesatan; dan kegelapan hati, pangkal penderitaan jiwa.

Bediuzzaman Said Nursi

Kebersamaan dalam suatu masyarakat menghasilkan ketenangan dalam segala kegiatan masyarakat itu, sedangkan saling bermusuhan menyebabkan seluruh kegiatan itu mandeg.

Bediuzzaman Said Nursi

Menghidupkan kembali agama berarti menghidupkan suatu bangsa. Hidupnya agama berarti cahaya kehidupan.

Bediuzzaman Said Nursi

Seseorang yang melihat kebaikan dalam berbagai hal berarti memiliki pikiran yang baik. Dan seseoran yang memiliki pikiran yang baik mendapatkan kenikmatan dari hidup.

Bediuzzaman Said Nursi

Pengetahuan tidaklah cukup; kita harus mengamalkannya. Niat tidaklah cukup; kita harus melakukannya.

Johann Wolfgang von Goethe

Pencegahan lebih baik daripada pengobatan.

Johann Wolfgang von Goethe

Kearifan ditemukan hanya dalam kebenaran.

Johann Wolfgang von Goethe

Ilmu pengetahuan tanpa agama adalah pincang.

Einstein

Perdamaian tidak dapat dijaga dengan kekuatan. Hal itu hanya dapat diraih dengan pengertian.

Einstein

Agama sejati adalah hidup yang sesungguhnya; hidup dengan seluruh jiwa seseorang, dengan seluruh kebaikan dan kebajikan seseorang.

Einstein

Dua hal yang membangkitkan ketakjuban saya - langit bertaburkan bintang di atas dan alam semesta yang penuh hikmah di dalamnya.

Einstein

Apa yang saya saksikan di Alam adalah sebuah tatanan agung yang tidak dapat kita pahami dengan sangat tidak menyeluruh, dan hal itu sudah semestinya menjadikan seseorang yang senantiasa berpikir dilingkupi perasaan "rendah hati."

Einstein

Sungguh sedikit mereka yang melihat dengan mata mereka sendiri dan merasakan dengan hati mereka sendiri.

Einstein

Berusahalah untuk tidak menjadi manusia yang berhasil tapi berusahalah menjadi manusia yang berguna.

Einstein

Tidak semua yang dapat menghitung dapat dihitung, dan tidak semua yang dapat dihitung dapat menghitung.

Einstein

Isnin, 14 Januari 2013

15 Rahsia Kaabah di Mekah
Binaan Kaabah yang merupakan kiblat bagi orang Islam terletak di Masjidil Haram di Mekah. Ia merupakan bangunan yang harus dikunjungi jemaah haji. Sedikit maklumat berkaitan Kaabah yang tidak kita ketahui sebelum ini.

1. Mekah adalah kawasan yang mempunyai graviti paling stabil.

2. Tekanan gravitinya tinggi, dan di situlah berpusatnya bunyi-bunyian yang membina yang tidak boleh didengar oleh telinga.

3. Tekanan graviti yang tinggi memberi kesan langsung kepada sistem imun badan untuk bertindak sebagai pertahanan daripada segala serangan penyakit.

4. Graviti tinggi = elektron ion negatif yang berkumpul di situ tinggi = doa akan termakbul kerana di situ adalah tempat gema atau ruang dalam masa serentak.

5. Apa yang diniatkan di hati adalah gema yang tidak boleh didengar tetapi boleh dikesan frekuensinya. Pengaruh elektron menyebabkan kekuatan dalaman kembali tinggi, penuh bersemangat untuk melakukan ibadat, tidak ada sifat putus asa, mahu terus hidup, penyerahan diri sepenuhnya kepada Allah.

6. Gelombang radio tidak boleh mengesan kedudukan Kaabah.

7. Malah teknologi satelit pun tidak boleh meneropong apa yang ada di dalam Kaabah. Frekuensi radio tidak mungkin dapat membaca apa-apa yang ada di dalam Kaabah kerana tekanan graviti yang tinggi.

8. Tempat yang paling tinggi tekanan gravitinya, mempunyai kandungan garam dan aliran anak sungai di bawah tanah yang banyak. Sebab itu lah jika bersembahyang di Masjidilharam walaupun di tempat yang terbuka tanpa bumbung masih terasa sejuk.

9. Kaabah bukan sekadar bangunan hitam empat persegi tetapi satu tempat yang ajaib kerana di situ pemusatan tenaga, graviti, zon magnetisme sifar dan tempat yang paling dirahmati.

10. Tidur dengan posisi menghadap Kaabah secara automatik otak tengah akan terangsang sangat aktif hingga tulang belakang dan menghasilkan sel darah.

11. Pergerakan mengelilingi Kaabah arah lawan jam memberikan tenaga hayat secara semula jadi daripada alam semesta. semua yang ada di alam ini bergerak mengikut lawan jam, Allah telah tentukan hukumnya begitu.

12. Peredaran darah atau apa saja di dalam tubuh manusia mengikut lawan jam. Justeru dengan mengelilingi Ka abah mengikut lawan jam, bermakna peredaran darah di dalam badan meningkat dan sudah tentunya akan menambahkan tenaga. Sebab itulah orang yang berada di Mekah sentiasa bertenaga, sihat dan panjang umur.

13. Manakala bilangan tujuh itu adalah simbolik kepada tidak terhingga banyaknya. Angka tujuh itu membawa maksud tidak terhad atau terlalu banyak. Dengan melakukan tujuh kali pusingan sebenarnya kita mendapat ibadat yang tidak terhad jumlahnya.

14. Larangan memakai topi, songkok atau menutup kepala kerana rambut dan bulu roma (lelaki) adalah ibarat antena untuk menerima gelombang yang baik yang dipancarkan terus dari Kaabah. Sebab itu lah selepas melakukan haji kita seperti dilahirkan semula sebagai manusia baru kerana segala yang buruk telah ditarik keluar dan digantikan dengan nur atau cahaya yang baru.

15. Selepas selesai semua itu baru lah bercukur atau tahalul. Tujuannya untuk melepaskan diri daripada pantang larang dalam ihram. Namun rahsia di sebaliknya adalah untuk membersihkan antena atau reseptor kita dari segala kekotoran supaya hanya gelombang yang baik saja akan diterima oleh tubuh.

Sumber Internet

Selasa, 8 Januari 2013

Jang Ka An Kita



Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Dr. Walter Doyle Staples dalam bukunya yang bertajuk ‘Think Like Winner!’ telah berkongsi satu pendekatan yang dinamakan Teori Jangkaan. Menurutnya, kepercayaan asas terhadap diri dan dunia adalah perkara utama dalam menentukan kejayaan kita dalam kehidupan ini. Malah, perkara yang dipercayai kitalah yang sebenarnya mencipta dunia yang kita tinggal dan diami ini. Katanya lagi teori ini bertindak berdasarkan 3 cara:
Kepercayaan yang dipengang oleh kita adalah hasil terus daripada pemikiran yang ada dan tiada yang dilibatkan. Kepercayaan ini terlindung tetapi sangat berkuasa yang tertanam dalam minda.
Kepercayaan kitalah mencipta jangkaan terhadap keputusan dan hasilan masa depan. Jangkaan adalah daya yang aktif yang bekerja dalam minda individu.
Kepercayaanlah yang menentukan sikap seseorang. Sikap itu seterusnya menentukan tabiat individu.

Sebuah puisi untuk direnungi.

Bila Kita menukar pemikiran kita,
Kita menukarkan kepercayan Kita,
Bila Kita menukarkan kepercayaan Kita,
Kita menukarkan jangkaan Kita,
Bila Kita menukar jangkaan Kita,
Kita menukar sikap Kita,
Jika Kita menukar sikap Kita,
Kita menukar tabiat Kita,
Bila Kita menukar tabiat Kita,
Kita menukar prestasi Kita,
Bila Kita menukar prestasi Kita,
Kita menukar KEHIDUPAN Kita.

Apabila kita membaca dan merenungi puisi ini, kita dapat simpulkan ianya saling berkaitan. Kita tidak terlalu mengubah perkara yang besar untuk mengubah kehidupan yang kurang bertuah kepada bertuah. Ianya bermula daripada sesuatu yang kecil dan ianya adalah mengenai diri. Kita tidak boleh mengubah kehidupan dengan mengubah kehidupan kita. Kita tidak boleh mengubah prestasi kita dengan mengubah prestasi kita. Kita tidak boleh mengubah tabiat kita dengan mengubah tabiat kita dan lain-lain.

Tetapi, kita boleh mengubah semua ini dengan memulakan sedikit perubahan pada fikiran.Seterusnya ia mengubah kepercayaan, jangkaan, sikap, tabiat, prestasi dan akhir sekali kehidupan. Semuanya bermula dengan menukar fikiran kepada perspektif positif.

Sumber Internet dr inspirasi

Isnin, 7 Januari 2013

Ni gambaq pekan baling pada tahun 1971. Masa tu aku baru darjah 1 di sekolah Kebangsaan Baling . Masa tu tak tau apa lagi la..

(Gambaq ni dicopy sahaja.)


Jam Besaq di Baling ni salah satu mercu tanda di Pekan Baling. ia bersebelahan dengan Masjid Ridzuaniah Baling.





Ahad, 6 Januari 2013

Hilang

Blok Kampung Lubuk Pedati aku hilang...Setelah aku bersusah payah dari tahun 2009, hingga sekarang, tetiba hari ini 06 jan 2013 jam 1120H, bila aku buk blog kampung lubuk pedati, dia kata dah di buang (Remove)...Apa salah akuuuu.......Siapa yang buat ni...Grrrrrrr!!!!!!!!