Halaman

Sabtu, 19 April 2014

Ujian

Sungguh ujian itu indah .
Disebalik, tubuh yang berdiri,
Disebalik kaki yang melangkah,
Disebalik bibir yang mengukirkan senyum,
Dihatinya tersimpan rasa kosong,
Sungguh hijrah itu manis,
Sungguh kembali kepada fitrah itu mendamaikan,
Namun pernah kah kau dengar,
Bahawa bersama hijrah itu kau akan ditemani,
Satu teman yang setia iaitu ujian.
Satu demi satu ujian mengetuk,
Datangnya silih berganti,
Hingga hati yang teguh mula rapuh,
Saat itu hanya Allah memahami,
Akhirnya kau tersedar bersama ujian itu,
Hadirnya hadiah,
Bernama hikmah,
Kekuatan , ketabahan , kecekalan dan kesabaran
Yang kau pinta darinya kini ada bersamamu,
Segalanya lahir dari ujian dariNya.
Kini kau tersenyum,
Benar kasihNya berbeza berbanding kasih umat,
CaraNya teristimewa,
Membuat kau rasa dihargai.