Dengan
nama ALLAH yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Sesungguhnya
DIA yang Maha Kaya dan memberi kekayaan. Dengan kelembutan kasih
sayangNya, aku izinkan semua kekayaan itu mengalir dalam kehidupanku.
Dengan
izin ALLAH, aku suka berada dalam rumahku yang cantik ini bersama-sama isteriku
tercinta, anak-anak yang sudah berjaya dalam kehidupan masing-masing.
Aku
merasa sangat bersyukur dengan dalam usia ini, aku masih sihat dan cergas,
dapat pergi dan balik ke surau dan melaksanakan pengimarahan pengajian agama
bersama dengan jiran-jiranku yang mesra dan serasi.
Wang
sentiasa ada dan melimpah ruah dalam kehidupanku, semua keperluan dan
keinginanku dipenuhi dengan kelebihan ini. Malah, aku sentiasa dapat
menyumbangkan wang dan pendapatanku.
Dalam
usia sebegini, aku masih dapat menikmati kehidupanku dengan penuh keceriaan dan
kedamaian. Masaku sentiasa cukup untuk bersama-sama dengan keluarga
melancong dan berkunjung ke tempat-tempat menarik, menghayati keindahan alam
ciptaan ALLAH ini.
Usiaku
yang sebegini, aku bersyukur kepadaNya kerana masih dipinjamkan segala
pancainderaku dengan penuh kesempurnaan. Aku masih dapat membaca al-Quran
setiap hari dengan lancar dan penuh kenikmatan.
Ya
ALLAH, aku bersyukur atas kenikmatanMu ini, aku bersyukur atas ketenangan ini,
aku bersyukur atas kejayaan dan keharmonian ini.….
Tiada ulasan:
Catat Ulasan