Halaman

Isnin, 2 September 2013

Istighfar

Istighfar Dalam Rumi

'Astaghfirullahal Adzim aladzi laa ilaha illa huwal hayyul qayyum wa atubu ilaihi'

Sahabat yang dirahmati Allah,

Istighfar sering diertikan dengan permohonan ampun kepada Allah s.w.t. atas dosa atau kesalahan yang dilakukan. Lazimnya jika seseorang melakukan kesalahan dan kemudian menyesal akan perbuatannya itu, maka istighfar yang disertai dengan niat taubat yang ikhlas akan dilafazkan dengan harapan agar dosa atau kesalahan yang dilakukan akan diampunkan oleh Allah s.w.t.

Jika dilihat pada pengertian istighfar, maka tiada perbezaan antara istighfar dan taubat. Dari satu sudut, istighfar dan taubat mempunyai maksud yang sama iaitu kembali kepada Allah s.w.t. Keduanya mempunyai persamaan dalam permohonan untuk menghapuskan segala noda dan dosa yang telah dilakukan.

Hakikat istighfar dalam Islam adalah menundukkan jiwa, hati dan fikiran kepada Allah s.w.t. sambil memohon ampun dari segala dosa.

Allah s.a.w. memerintahkan hamba-hambaNya supaya beristighfar sebagaimana firmanNya yang bermaksud :"Dan hendaklah engkau memohon ampun kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah adalah amat Pengampun, lagi amat Mengasihi"(Surah an-Nisaa ayat 106)

Firman Allah s.w.t maksudnya :"Dan mintalah ampun kepadaNya bagi salah silap yang engkau lakukan, dan bagi dosa orang-orang yang beriman (lelaki dan perempuan)."(Surah Muhammad ayat 19)

Walaupun istighfar adalah sunat, namun perintah Allah s.w.t. pada ayat-ayat di atas menunjukkan adanya penegasan bahawa istighfar merupakan satu tuntutan agama yang tidak boleh dilupakan. Oleh itu adalah menjadi kewajipan sebagai orang Mukmin untuk sentiasa beristighfar bukan saja sebagai tuntutan yang perlu dipenuhi malahan untuk merebut fadhilat istighfar sebagaimana yang disebut dalam al-Qur'an dan hadis-hadis Nabi s.a.w.

Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud : "Wahai sekalian manusia, bertaubatlah kepada Allah dan memohonlah ampun kepada-Nya. Sesungguhnya aku bertaubat dalam sehari sebanyak 100 kali"(Hadis Riwayat Muslim).

Sahabat yang dimuliakan,

Terdapat banyak kebaikan dan fadhilat beristighfar.  Perkara-perkata tersebut adalah seperti berikut :

Pertama : Di hapuskan dosa-dosanya dan terselamat daripada azab Allah s.w.t.


Firman Allah s.w.t. yang bermaksud :“Dan tidaklah Allah akan mengazab mereka, sedang mereka meminta ampun (istighfar)”(Surah Al-Anfal ayat 33)

Nabi s.a.w bersabda maksudnya : "Barangsiapa mengucapkan 'Astaghfirullahal Adzim aladzi laa ilaha illa huwal hayyul qayyum wa atubu ilaihi' akan diampuni dosa-dosanya, meskipun pernah lari dari medan peperangan"

(Hadis Riwayat Al Hakim)

Kedua : Mendapat balasan Syurga.

Firman Allah s.w.t. maksudnya :  “Dan juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya). Orang yang demikian sifatnya, balasannya ialah keampunan dari Tuhan mereka, dan Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka pula kekal di dalamnya, dan demikian itulah sebaik-baik balasan bagi orang yang beramal.” (Surah al-Imran ayat 135-136)

Menurut Qatadah rahimahullah: “Al-Qur’an menunjukkan kepada kamu tentang penyakit bagi kamu dan penyembuh (ubat) bagi kamu. Adapun penyakit bagi kamu adalah dosa dan penyembuh (ubat) bagi kamu adalah istighfar”.

Berkata Sayyidina Ali k.w.: “Satu keajaiban pada siapa yang binasa (kerana dosa), namun bersamanya penyelamat”. Ditanyakan kepadanya: “Apa dia (penyelamat itu)?” Beliau menjawab: “Istighfar”.

Ketiga :  Terselamat daripada melakukan perbuatan keji .

"Tidaklah (dianggap) melanjutkan (perbuatan keji) orang yang memohon ampun, meskipun dalam sehari ia ulangi sebanyak 70 kali"(Hadis Riwayat Abu Ya’la Al-Maushuli, Abu Daud, At-Tirmidzi dan Al-Bazzaar dalam Musnadnya, Ibnu Katsiir mengatakan, ia hadis hasan; Tafsiy Ibnu Katsir, 1/408).

Keempat : Di jauhi daripada sifat gelisah (ham) dan berdukacita (hazan).

Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud : “Siapa yang melazimkan amalan istighfar, akan dikeluarkan Allah dari sifat ham dan hazan. Sifat ham bererti gelisah yang tidak menentu yang sering melanda kaum wanita. Sifat hazan bererti berdukacita”

Kelima : Tidak akan mendapat penyakit lupa (nyanyuk).


Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya : “Siapa yang melazimkan amalan istighfar 70 kali sehari, dia tidak akan  ditulis sebagai orang yang lupa (nyanyuk).”

Keenam : Di bebaskan daripada kedukaan, menghilangkan kesempitan hidup dan mendapat rezeki dijalan yang tidak diduga-duga.


Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud : "Barang siapa memperbanyak Istighfar maka Allah akan membebaskannya dari kedukaan, dan memberinya jalan keluar bagi kesempitannya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak diduga-duga"(Hadis Riwayat Abu Dawud).

Sahabat yang dikasihi,

Basahkanlah lidah kita dengan istighfar setiap hari lebih daripada 100 kali kerana Nabi s.a.w yang bersifat maksum dan tidak berdosa pun beristighfar 100 kali sehari, maka kita yang penuh dengan noda dan dosa perlu beristighfar lebih banyak lagi oleh itu lakukanlah sebanyak-banyak yang boleh.

Lidah yang sentiasa beristighfar akan di benci oleh syaitan dan syaitan tidak akan hadir bersama kita.

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :"Wahai Iblis, apakah senjata yang dapat menghancurkan engkau?"Berkata Iblis, "Ya Nabi Allah. Orang-orang yang banyak berzikir dan banyak bersedekah dengan bersembunyi (ikhlas hati) serta berbanyak-banyak taubat (beristighfar) dan banyak membaca al-Qur'an Kalam Allah, dan banyak sembahyang di tengah malam. Itu semua akan menghancurkan aku".

Kalimah istighfar yang perlu kita baca adalah :

 أَسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمِ اَلَّذِي لاَ إِلَهَ إِلاَّ هُوَ الْحَيُّ الْقَيُوْمُ وَ أَتُوْبُ إِلَيْه 
'Astaghfirullahal Adzim aladzi laa ilaha illa huwal hayyul qayyum wa atubu ilaihi'

Semoga kita sentiasa berada di dalam rahmat dan keampunan Allah s.w.t. dan mendapat balasan Syurga yang disediakan-Nya untuk orang-orang Mukmin.

Copy & Paste


Ahad, 1 September 2013

Syukur

Dengan nama ALLAH yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Sesungguhnya DIA yang Maha Kaya dan memberi kekayaan.  Dengan kelembutan kasih sayangNya, aku izinkan semua kekayaan itu mengalir dalam kehidupanku.
Dengan izin ALLAH, aku suka berada dalam rumahku yang cantik ini bersama-sama isteriku tercinta, anak-anak yang sudah berjaya dalam kehidupan masing-masing.
Aku merasa sangat bersyukur dengan dalam usia ini, aku masih sihat dan cergas, dapat pergi dan balik ke surau dan melaksanakan pengimarahan pengajian agama bersama dengan jiran-jiranku yang mesra dan serasi.
Wang sentiasa ada dan melimpah ruah dalam kehidupanku, semua keperluan dan keinginanku dipenuhi dengan kelebihan ini.  Malah, aku sentiasa dapat menyumbangkan wang dan pendapatanku. 

Dalam usia sebegini, aku masih dapat menikmati kehidupanku dengan penuh keceriaan dan kedamaian.  Masaku sentiasa cukup untuk bersama-sama dengan keluarga melancong dan berkunjung ke tempat-tempat menarik, menghayati keindahan alam ciptaan ALLAH ini.
Usiaku yang sebegini, aku bersyukur kepadaNya kerana masih dipinjamkan segala pancainderaku dengan penuh kesempurnaan.  Aku masih dapat membaca al-Quran setiap hari dengan lancar dan penuh kenikmatan.

Ya ALLAH, aku bersyukur atas kenikmatanMu ini, aku bersyukur atas ketenangan ini, aku bersyukur atas kejayaan dan keharmonian ini.….

Isnin, 28 Januari 2013


MENUMPUKAN PERHATIAN PADA MASA SEKARANG

Lupakan semalam,

Kerana semalam hanyalah sebuah memori

Jangan risau tentang hari esok

Kerana esok hanyalah sebuah misteri


Hiduplah hari ini dengan penuh kesungguhan

Maka setiap memori anda akan menjadi memori yang indah

Dan setiap hari esok akan menjadi hari yang penuh harapan.
Kita tidak diketahui

Selasa, 22 Januari 2013

Al Fatihah

Semoga boleh dimanfaatkan 

Al-Fatihah adalah satu rukun dalam solat, apabila cacat bacaannya maka rosaklah solat. Oleh itu perbaikilah bacaannya dengan ilmu tajwid. Bukan setakat bacaannya saja rosak malah kita menyebut nama syaitan di dalam solat kita. Berikut diperturunkan nama syaitan laknat yang wujud didalam Al- Fatihah, sekiranya kita tidak berhati-hati.

Nama syaitan;

1. DU LI LAH (bila dibaca tiada sabdu) sepatutnya DULILLAH

2. HIR ROB (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya HI ROB

3. KIYYAU (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KI YAU

4. KANNAK (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KA NAK

5. KANNAS (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KA NAS

6) Iya (disebut tanpa sabdu) sepatutnya Iyya. Iya bermaksud 'matahari'

Dalam ayat ke 5,jika salah bacaannya akan bermaksud "kepada mataharilah yang kami sembah dan kepada matahari kami meminta pertolongan"!!!!

7) SIROTHOLLAZI.... sehingga habis hendaklah dibaca tanpa henti.

AMIN ...hendaklah mengaminkan Al-Fatihah dengan betul iaitu AA......dua harakat,MIN .... 3 harakat, semoga Amin kita bersamaan dengan Amin malaikat ..... Insya-Allah. semoga kita menjadi orang yang sentiasa membaiki bacaannya.

Perhatian;

Sebarkan hukum Allah walaupun satu ayat semoga kita mendapat rahmatNya, Insyaallah.

Sumber Internet

Isnin, 21 Januari 2013

Kata-Kata Bijak

Demi Allah yang jiwaku berada di tangan-Nya, seseorang tidak beriman hingga ia mencintai saudaranya sebagaimana ia mencintai dirinya sendiri.

Nabi Muhammad SAW

Jauhilah dengki, karena dengki memakan amal kebaikan sebagaimana api memakan kayu bakar.

Nabi Muhammad SAW

Yang terbaik di antara kalian adalah mereka yang berakhlak paling mulia.

Nabi Muhammad SAW

  Allah tidak melihat bentuk rupa dan harta benda kalian, tapi Dia melihat hati dan amal kalian.

Nabi Muhammad SAW

Kecintaan kepada Allah melingkupi hati, kecintaan ini membimbing hati dan bahkan merambah ke segala hal.

Imam Al Ghazali

Raihlah ilmu, dan untuk meraih ilmu belajarlah untuk tenang dan sabar.

Khalifah 'Umar

Setiap orang di dunia ini adalah seorang tamu, dan uangnya adalah pinjaman. Tamu itu pastilah akan pergi, cepat atau lambat, dan pinjaman itu haruslah dikembalikan.

Ibnu Mas'ud

Ketahuilah bahwa sabar, jika dipandang dalam permasalahan seseorang adalah ibarat kepala dari suatu tubuh. Jika kepalanya hilang maka keseluruhan tubuh itu akan membusuk. Sama halnya, jika kesabaran hilang, maka seluruh permasalahan akan rusak.

Khalifah 'Ali

Sabar memiliki dua sisi, sisi yang satu adalah sabar, sisi yang lain adalah bersyukur kepada Allah.

Ibnu Mas'ud

Takutlah kamu akan perbuatan dosa di saat sendirian, di saat inilah saksimu adalah juga hakimmu.

Khalifah 'Ali

Orang yang paling aku sukai adalah dia yang menunjukkan kesalahanku.

Khalifah 'Umar

Niat adalah ukuran dalam menilai benarnya suatu perbuatan, oleh karenanya, ketika niatnya benar, maka perbuatan itu benar, dan jika niatnya buruk, maka perbuatan itu buruk.

Imam An Nawawi

Aku mengamati semua sahabat, dan tidak menemukan sahabat yang lebih baik daripada menjaga lidah. Saya memikirkan tentang semua pakaian, tetapi tidak menemukan pakaian yang lebih baik daripada takwa. Aku merenungkan tentang segala jenis amal baik, namun tidak mendapatkan yang lebih baik daripada memberi nasihat baik. Aku mencari segala bentuk rezki, tapi tidak menemukan rezki yang lebih baik daripada sabar.

Khalifah 'Umar

Dia yang menciptakan mata nyamuk adalah Dzat yang menciptakan matahari.

Bediuzzaman Said Nursi

Penderitaan jiwa mengarahkan keburukan. Putus asa adalah sumber kesesatan; dan kegelapan hati, pangkal penderitaan jiwa.

Bediuzzaman Said Nursi

Kebersamaan dalam suatu masyarakat menghasilkan ketenangan dalam segala kegiatan masyarakat itu, sedangkan saling bermusuhan menyebabkan seluruh kegiatan itu mandeg.

Bediuzzaman Said Nursi

Menghidupkan kembali agama berarti menghidupkan suatu bangsa. Hidupnya agama berarti cahaya kehidupan.

Bediuzzaman Said Nursi

Seseorang yang melihat kebaikan dalam berbagai hal berarti memiliki pikiran yang baik. Dan seseoran yang memiliki pikiran yang baik mendapatkan kenikmatan dari hidup.

Bediuzzaman Said Nursi

Pengetahuan tidaklah cukup; kita harus mengamalkannya. Niat tidaklah cukup; kita harus melakukannya.

Johann Wolfgang von Goethe

Pencegahan lebih baik daripada pengobatan.

Johann Wolfgang von Goethe

Kearifan ditemukan hanya dalam kebenaran.

Johann Wolfgang von Goethe

Ilmu pengetahuan tanpa agama adalah pincang.

Einstein

Perdamaian tidak dapat dijaga dengan kekuatan. Hal itu hanya dapat diraih dengan pengertian.

Einstein

Agama sejati adalah hidup yang sesungguhnya; hidup dengan seluruh jiwa seseorang, dengan seluruh kebaikan dan kebajikan seseorang.

Einstein

Dua hal yang membangkitkan ketakjuban saya - langit bertaburkan bintang di atas dan alam semesta yang penuh hikmah di dalamnya.

Einstein

Apa yang saya saksikan di Alam adalah sebuah tatanan agung yang tidak dapat kita pahami dengan sangat tidak menyeluruh, dan hal itu sudah semestinya menjadikan seseorang yang senantiasa berpikir dilingkupi perasaan "rendah hati."

Einstein

Sungguh sedikit mereka yang melihat dengan mata mereka sendiri dan merasakan dengan hati mereka sendiri.

Einstein

Berusahalah untuk tidak menjadi manusia yang berhasil tapi berusahalah menjadi manusia yang berguna.

Einstein

Tidak semua yang dapat menghitung dapat dihitung, dan tidak semua yang dapat dihitung dapat menghitung.

Einstein