Halaman

Ahad, 1 September 2013

Syukur

Dengan nama ALLAH yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Sesungguhnya DIA yang Maha Kaya dan memberi kekayaan.  Dengan kelembutan kasih sayangNya, aku izinkan semua kekayaan itu mengalir dalam kehidupanku.
Dengan izin ALLAH, aku suka berada dalam rumahku yang cantik ini bersama-sama isteriku tercinta, anak-anak yang sudah berjaya dalam kehidupan masing-masing.
Aku merasa sangat bersyukur dengan dalam usia ini, aku masih sihat dan cergas, dapat pergi dan balik ke surau dan melaksanakan pengimarahan pengajian agama bersama dengan jiran-jiranku yang mesra dan serasi.
Wang sentiasa ada dan melimpah ruah dalam kehidupanku, semua keperluan dan keinginanku dipenuhi dengan kelebihan ini.  Malah, aku sentiasa dapat menyumbangkan wang dan pendapatanku. 

Dalam usia sebegini, aku masih dapat menikmati kehidupanku dengan penuh keceriaan dan kedamaian.  Masaku sentiasa cukup untuk bersama-sama dengan keluarga melancong dan berkunjung ke tempat-tempat menarik, menghayati keindahan alam ciptaan ALLAH ini.
Usiaku yang sebegini, aku bersyukur kepadaNya kerana masih dipinjamkan segala pancainderaku dengan penuh kesempurnaan.  Aku masih dapat membaca al-Quran setiap hari dengan lancar dan penuh kenikmatan.

Ya ALLAH, aku bersyukur atas kenikmatanMu ini, aku bersyukur atas ketenangan ini, aku bersyukur atas kejayaan dan keharmonian ini.….

Tiada ulasan:

Catat Ulasan